Monday, 12 December 2011

STOP!!! and have a look at this!


Ya Allah.. Kenapa semua ini terjadi pada aku??
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ya Allah.. Kenapa berat sangat ujian ini??
... ” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Ya Allah.. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)
” ….. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 87)

Ya Allah.. Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini??
” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk .”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ya Allah.. Kepada siapa untuk aku berharap??
” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “
(Surah At-Taubah ayat 129)

Friday, 9 December 2011

And YES!!! I can do it

 YES i can do it!
I think i can do it!
BUT
I need someone 
to help me to do this
or at least to be a reminder
so that i will always
be strong,

STRONG enough to face this,
STRONG enough to bear with this,
and STRONG enough 
to be consistent with this,
InsyaAllah.

it's MUJAHADAH...

<<Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu>>



Friday, 2 December 2011

Wordless Jumaat???

Assalamualaikum..
Wordless Jumaat??
Hahaha mesti bunyi pelik kan??
Selalunya org buat Wordless Wednesday..
Xkesah la..
Just wanna share this quote.
  

<<Biasakan dirimu dengan KESUSAHAN, kerna
KESENANGAN itu tidak pernah kekal>>

Saturday, 26 November 2011

MUHARAM satu permulaan


Muharam Safar RabiulAwal RabiulAkhir JamadhilAwal JamadilAkhir Rejab Syaaban 
Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah.

Sudah lama aku tidak menghadap komputer ribaku ini untuk mengupdate blog. Tiba-tiba hari ni bersempenaan tahun baru dalam kalendar Islam tergerak pula hatiku untuk membuat post baru. Walaupun badan sedikit  letih, tapi aku cuba mengagahkan diriku untuk berkongsi serba sedikit perihal bulan Muharam. Mungkin tidak banyak yang mampu aku perkatakan tentang bulan Muharam. Mungkin yang jelas dapat kita bayangkan adalah Hari Asyura iaitu hari ke sepuluh pada bulan Muharam. Hari Asyura dan bubur Asyura memang tidak dapat dipisah kan bagai lagu dan irama. Kemeriahan Hari Asyura disambut dengan bergotong-royong membuat bubur Asyura.

Namun, terdapat satu perkara yang mungkin ramai dikalangan kita terlepas pandang iaitu kelebihan berpuasa pada Hari Asyura. Sesungguhnya, berpuasa pada hari tersebut dapat menghapusakan dosa kita satu tahun yang lalu..

Renung-Renungkan~
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)
Tetapi kita digalakkan untuk berpusa lebih sehari sebelum atau selepas hari Asyura iaitu samada 9 atau 11 Muharam untuk membezakan kita dari golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada Hari Asyura.  Walllahualam.

Friday, 12 August 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t
buat pembaca SERENDIPITY 
sekalian..
mungkin sudah begitu lama
aku tidak update blog ni..
dan hari ni aku telah terpanggil 
untuk berkongsi sedikit kurnia dan 
nikmat yang telah dicurahkan ke atas diriku oleh
yang Maha Esa.

Tanggal 6 Ogos 2011,
maka secara rasminya aku telah menerima segulung 
ijazah diploma International Baccalaureate.
Alhamdulillah
setelah selama 2 tahun aku
mengharungi pahit getir, suka dan duka 
dalam menempuh cabaran serta dugaan sebagai
insan yang bergelar pelajar IB.

Akhirnya, aku mampu untuk tersenyum lebar,
memanjatkan kesyukuran kepada-Nya,
Dan aku berharap agar kejayaan ini mampu
membuatkan aku lebih yakin terhadap
kekuasaan-Nya
INSYAALLAH...

terima kasih Ya Allah!!!
renung-renungkanlah...

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. 
Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."  
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Thursday, 14 July 2011

nikmat dariMU


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
..................................38

mungkin bagi kamu nombor-nombor ini hanya sekadar nombor biase.
tapi, hakikatnya inilah nikmat-nikmat TUHAN
yang telah dikurniakan kepada ku sepanjang umurku kini.
mungkin sesetengah kamu boleh menafsirkan apa 
makna-makna disebalik nombor-nombor yang bewarna merah ini.
biarlah ia satu rahsia diantara aku dan DIA
~Alhamdulillah~

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu 
(dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), 
supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; 
dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur
(akan nikmatKu). 

Saturday, 2 July 2011

PCB - PANGKOR - KULIM in a week!!!

 PCB



 PANGKOR



 KULIM (orphanage)


it such a beautiful and wonderful moment since i can meet with my friends again from KMB (kolej mara banting)..
love u guys!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...