Bangun pagi, gosok gigi,
tiada apa yang berbeza
dari hari hari yang sebelumnya
oh ya
mungkin hari ini aku lebih gembira
gembira untuk menghabiskan satu lagi semester
gembira untuk pulang ke kampung halaman
gembira untuk berjumpa sanak saudara
mungkin sebab itu Allah pilih aku
untuk tidak ke negara sana
dan..
aku juga gembira kerana Allah
tetap mendengar rintihan
hatiku yan jahil ini
tetap memperkenankan rayuan hambaNya
yang kerdil ini
oh Allah
aku bersyukur kepadaMu.
ALHAMDULILLAH