Saturday 26 November 2011

MUHARAM satu permulaan


Muharam Safar RabiulAwal RabiulAkhir JamadhilAwal JamadilAkhir Rejab Syaaban 
Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah.

Sudah lama aku tidak menghadap komputer ribaku ini untuk mengupdate blog. Tiba-tiba hari ni bersempenaan tahun baru dalam kalendar Islam tergerak pula hatiku untuk membuat post baru. Walaupun badan sedikit  letih, tapi aku cuba mengagahkan diriku untuk berkongsi serba sedikit perihal bulan Muharam. Mungkin tidak banyak yang mampu aku perkatakan tentang bulan Muharam. Mungkin yang jelas dapat kita bayangkan adalah Hari Asyura iaitu hari ke sepuluh pada bulan Muharam. Hari Asyura dan bubur Asyura memang tidak dapat dipisah kan bagai lagu dan irama. Kemeriahan Hari Asyura disambut dengan bergotong-royong membuat bubur Asyura.

Namun, terdapat satu perkara yang mungkin ramai dikalangan kita terlepas pandang iaitu kelebihan berpuasa pada Hari Asyura. Sesungguhnya, berpuasa pada hari tersebut dapat menghapusakan dosa kita satu tahun yang lalu..

Renung-Renungkan~
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)
Tetapi kita digalakkan untuk berpusa lebih sehari sebelum atau selepas hari Asyura iaitu samada 9 atau 11 Muharam untuk membezakan kita dari golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada Hari Asyura.  Walllahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...